Menu

IKLAN


BAGAN SERAI: Seramai 43 orang Mahasiswa daripada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melaksanakan program Bakti Siswa (BAKSIS) yang diadakan di Sekolah Rendah Parit Haji Wahab serta Zoo Taiping.



Pengarah program tersebut, Siti Aisyah Roselan berkata, tujuan program ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan antara Mahasiswa dengan masyarakat setempat khususnya pihak sekolah serta pihak Zoo.



“Disamping itu, ianya bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan nama UUM di negeri Perak disamping berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Program pada kali ini agak berbeza dengan program BAKSIS yang telah dijalankan sebelum ini kerana ianya telah melibatkan murid-murid di sekolah berkenaan serta Zoo Taiping,” katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak program yang telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang program itu berlangsung.




Senamrobik
Melukis mural

Membuat rak kasut daripada botol minyak
masak yang telah dipakai.


"Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program BAKSIS seperti membuat rak kasut daripada botol minyak masak yang telah dipakai, melukis mural, senamrobik, menanam pokok di Taman Herba, membersihkan surau serta memasak Wadai Kepeng yang merupakan makanan kaum Banjar . 

"Turut diadakan juga slot motivasi bersama murid-murid tahun enam untuk memberikan keyakinan kepada mereka yang tidak lama lagi akan mengambil peperiksaan UPSR serta mendedahkan kehidupan di Universiti khususnya kehidupan di Universiti Utara Malaysia," katanya.
Slot motivasi bersama murid-murid tahun enam

Sementara itu, beliau berkata, pihak Universiti turut menyumbangkan beberapa barangan bagi kegunaan pelajar di sekolah tersebut.

"Kami turut menyumbangkan dua buah almari dan buku-buku terpakai hasil sumbangan daripada Mahasiswa serta kakitangan UUM bagi memberi sokongan terhadap Progam Satu Keluarga, Satu Buku yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah," tambahnya.


Selain itu, Mahasiswa UUM juga turut melakukam aktiviti membersihkan kawasan Zoo dan diberi peluang memberi makanan kepada haiwan.



"Selain itu, peserta juga turut diberi penerangan yang lebih mendalam mengenai pengurusan Zoo Taiping," jelasnya.





Program BAKSIS 1.0: One Heart One Responsibility tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Abu Bakar Mat Ali yang menggantikan Pengerusi Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Muhammad Amin Zakaria yang terpaksa bergegas pulang untuk menjemput Pegawai-pegawai Pejabat Sultan Brunei sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke 35.

Pengerusi Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,
Datuk Muhammad Amin Zakaria menandatangani plag BAKSIS 1.0
sebagai simbolik perasmian Program BAKSIS 1.0




0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top