Menu

IKLAN


IPOH: Rata-rata pasukan yang menyertai Kejohanan Piala Federation International Robot Soccer Association (FIRA) dan Kongres Kali ke-8 ini telah melakukan persiapan rapi bermula daripada awal tahun lagi.

Zulkurnain Abd Hamid

Penyelaras Pasukan Android Soccer Tournament (AndroSot), Zulkurnain Abd Hamid berkata, pasukannya telah membuat persiapan sekembalinya mereka daripada Kejohanan FIRA Roboworld Cup ke-19 yang berlangsung di Beijing pada bulan November tahun lalu.

“Kami bermula dengan melakukan post-mortem pertandingan dan selepas itu, membuat jadual bagi merancang aktiviti sepanjang tahun ini ,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya telah menjadi juara keseluruhan bagi kategori Android Soccer Tournament (AndroSot) dalam kejohanan yang diadakan di negara tersebut.



Ujarnya, Kejohanan FIRA Malaysia Cup dan Kongress Kali ke-8 tersebut merupakan antara pertandingan yang tersenarai di dalam jadual yang dirangka oleh pasukannya.

“Selain itu, kami telah membuat penyelidikan dan pembangunan serta telah menghasilkan beberapa prototaip.

“Terdapat beberapa prototaip ini sudah boleh dihasilkan dan ada yang masih dalam proses,” beliau berkata.

Muhamad Khuzaifah Ismai
Sementara itu, menurut peserta dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Khuzaifah Ismail, kejohanan yang berlangsung di Politeknik Ungku Omar (PUO) pada kali ini merupakan penyertaan kali kedua bagi pasukannya dalam pertandingan tersebut.

“Kali pertama adalah apabila Malaysia menjadi tuan rumah dimana ianya telah diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada tahun 2013.

“Kali kedua pula adalah di Beijing China tahun lalu dimana kita berjaya memenangi satu pingat emas dan dua pingat gangsa.

Beliau berkata, persiapan bagi menyertai kejohanan tersebut dilakukan bermula daripada pelajar di semester satu.



“Saya diarahkan untuk melatih mereka supaya mereka bersedia dan faham bagaimana pertandingan ini dilaksanakan.

“Kita akan melakukan ujian robot berkenaan di dalam makmal terlebih dahulu dan jika semuanya sempurna, barulah kita akan menyertai pertandingan,” jelasnya.



Kejohanan Piala FIRA dan Kongres ini akan berlangsung selama enam hari bermula dari 10 hingga 15 Mei, di Politeknik Ungku Omar (PUA), dekat Ipoh.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Politeknik Malaysia tersebut antara Humanoid Robot Soccer Tournament (HuroCup), Simulated Robot Soccer Tournament (Simurosot), Micro Robot Soccer Tournament (Mirosot), Robot Soccer Tournament (RobotSot), Android Soccer Tournament (AndroSot) dan My Insporation Robot (MyBot).


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top