Menu

IKLAN


IPOH: Sebanyak 108 pasukan yang melibatkan 20 Politeknik dari seluruh Malaysia dan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menyertai Kejohanan Piala Federation International Robot Soccer Association (FIRA) dan Kongres yang diadakan di Politeknik Ungku Omar,di sini.



Kejohanan Piala FIRA dan Kongres ini akan berlangsung selama enam hari bermula dari 10 hingga 15 Mei yang melibatkan hampir 550 peserta.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohlis Jaafar, berkata, Kejohanan FIRA Malaysia Cup pada tahun ini sudah memasuki tahun kelapan penganjurannya.



“Dalam pertandingan pada kali ini, kita adakan sekali kongres dimana ia merupakan satu aktiviti pembentangan kertas penyelidikan yang berkaitan bidang robot.

“Kertas penyelidikan ini akan dibentangkan oleh Politeknik, IPTA dan IPTS dimana mereka akan membentangkan idea-idea berkaitan dengan robotik,” katanya.

Katanya lagi, sebanyak enam kategori akan dipertandingkan daripada Kejohanan FIRA Malaysia Cup 2015 pada tahun ini.



“Antara kategori yang dipertandingkan ialah Humanoid Robot Soccer Tournament (HuroCup), Simulated Robot Soccer Tournament (Simurosot), Micro Robot Soccer Tournament (Mirosot), Robot Soccer Tournament (RobotSot), Android Soccer Tournament (AndroSot) dan My Inspiration Robot (MyBot),”katanya

Menurut beliau lagi, pemenang-pemenang di Kejohanan FIRA Malaysia Cup 2015 ini akan dipilih untuk mewakili Politeknik seluruh Malaysia ke FIRA Roboworld Cup Ke-20.



“Kejohanan tersebut akan diadakan di Korea pada Ogos nanti.

“Telah banyak peningkatan dapat dilihat di dalam bidang robot ini semenjak kita menyertai arena bola sepak robot ini pada tahun 2007,”katanya.

Menurutnya lagi, Pasukan Malaysia telah menunjukkan prestasi yang bagus ketika Kejohanan FIRA Roboworld Cup Ke-19 yang diadakan pada November tahun lalu di China.



“Dalam kejohahan tersebut, pasukan kita telah memenangi tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa,”katanya.

“Bagi tahun ini, kita akan membuat pemilihan dan persiapan bagi setiap kategori dan kita masih ada masa untuk penambahbaikkan serta memperbanyakkan lagi latihan,” tegasnya.




0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top