Menu

IKLAN




IPOH: Insentif yang diterima oleh kesemua atlet paralimpiad yang mewakili Negeri Perak samada bagi peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa adalah seragam dengan insentif yang diterima oleh atlet normal yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Insentif Kejohanan Para Asia Incheon Korea dan Sukan Paralimpiad Malaysia ke-17, Perlis 2014, sebentar tadi, di sini.

Katanya lagi, pemberian insentif yang telah diseragamkan mengikut skim insentif atlet normal ini sebagai tanda penghargaan kepada atlet paralimpiad.

“Pemberian insentif ini sebagai menghargai pengorbanan dan semangat juang yang ditonjolkan oleh para atlet yang menyertai kejohanan-kejohanan yang telah dianjurkan.

“Bagi pemenang pingat emas, kita berikan sebanyak RM3,000, pingat Perak pula sebanyak RM2,000 manakala bagi pemenang pingat gangsa, sebanyak RM2,000 akan diberikan,”katanya dalam ucap utamanya di dalam majlis berkenaan.

Katanya lagi, atlet Paralimpiad negeri Perak telah menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-17 yang diadakan pada 19 hingga 26 Ogos tahun lalu di Perlis.

“Kontinjen Perak telah menyertai lapan daripada sembilan acara yang dipertandingkan.

“Kontinjen Perak telah mencapai sasaran pingat iaitu 14 emas, 16 Perak dan 15 Gangsa yang membolehkan Perak menduduki tempat kelapan daripada 15 negeri yang bertanding,”katanya.

Menurutnya lagi, untuk Kejohanan Para Asia Incheon Korea tahun lalu, seramai 18 orang termasuk 12 atlet, lima jurulatih dan seorang pembantu daripada negeri Perak telah terpilih mewakili Kontinjen Malaysia ke temasya tersebut.

“Seorang atlet wheelchair fencing telah berjaya memenangi pingat perak dan dua orang atlet badminton telah memenangi pingat gangsa pada temasya tersebut,”katanya.

Di dalam majlis berkenaan, seramai 41 orang termasuk atlet, jurulatih dan atlet sokongan telah menerima insentif tersebut.







0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top