13.Sultan Mudzaffar Shah III
(MARHUM HAJI ALLAH)SULTAN PERAK YANG KETIGA BELAS(1728 - 1752)
Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah III
Pada tahun 1728, setelah mangkat "Marhum Sulong" (Raja Radin), adinda Baginda Raja Muda (Raja Inu) yang bersemayam di Bernam diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-13, bergelar Sultan Mudzaffar Shah yang ketiga. Baginda kemudian berpindah ke Berahman Indera (Bota Kanan). Adinda Baginda yang bernama Raja Bisnu diangkat menjadi Yang di-Pertuan Muda atau Sultan Muda, dan bersemayam di Pulau Tiga, Lambor. Yang di Pertua Muhammad Shah ini berputerakan Raja Iskandar Raja Kimas, Raja Alauddin dan Raja Bongsu.
Dalam masa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, Orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Chelak, Yam Tuan Riau yang kedua, dengan membawa orang-orang Bugis dari Selangor, telah datang menyerang Negeri Perak. Negeri Perak berpecah dua. Adalah dipercayai orang-orang Bugis menyebelahi adinda Baginda, Yang di Pertuan Muda dengan disokong oleh beberapa Orang-orang Besar Perak. Yang di Pertuan Muda Muhammad Shah diangkat menjadi Sultan, bergelar Sultan Muhammad Shah. Maka dari tahun 1742 hingga 1743, Kesultanan Perak berpecah menjadi dua.
Dari Pachat hingga ke Ulu (utara) di bawah perintah Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di Kuala Kangsar dan dari Pachat ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah perintah Sultan Muhamad Shah yang bersemayam di Pulau Tiga. Tetapi tidak beberapa lamanya kemudian kedua adik-beradik berbaik semula. Sultan Mudzaffar Shah yang bersemayam di Kuala Kangsar dijemput balik oleh Sultan Muhammad Shah bersemayam di Berahman Indera.
Dalam tahun 1743 seorang Raja Bugis bernama Daing Selaili bergelar "Haji Besar" menawan beberapa orang Lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkan Lanun tersebut kepada Sultan Mudzaffar Shah. Daing Selaili barkahwin dengan adinda Baginda bernama Raja Tengah dan dilantik menjadi Mufti Negeri Perak, kemudian menjadi Orang Besar Perak bergelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta' Bertanya. Daing Selaili juga menjadi Pengawal peribadi Sultan.
Setelah Baginda Sultan Mudzaffar memerintah selama 28 tahun (1728-1754), Baginda mangkat pada hari Jumaat, 7 Zulka'edah, 1167 dan bergelar "Marhum Haji Allah" Baginda mangkat di Berahman Indera (Bota) dan dimakamkan di Kampung Selat, Bota Kanan. Sumber - di sini
Home
»
Ikon
»
Nasional
»
Pendidikan
»
Perak
» SEJARAH KESULTANAN PERAK DARUL RIDZUAN - SULTAN PERAK KE 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.