9.Sultan Sallehuddin
Sultan Sallehuddin
SULTAN PERAK YANG KESEMBILAN
(Marhum Mangkat di Kampar)
(1630-1636)
SULTAN PERAK YANG KESEMBILAN
(Marhum Mangkat di Kampar)
(1630-1636)
Dimakamkan di Padang Changkat, Lambor Kanan, Perak Tengah.
10.Sultan Mudzaffar Shah II
(MARHUM JALILULLAH)SULTAN PERAK KESEPULUH(1636 - 1653)
Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II
Dengan mangkatnya Sultan Salehuddin Sultan Perak yang ke-9, di Kampar pada tahun 1635, maka terputuslah zuriat Sultan-sultan Perak dan Keturunan Raja-raja Melaka sebelah pihak lelaki. Oleh itu, Sultan Iskandar Thani (Raja Mughal), Raja Acheh yang menjadi penaung kepada Negeri Perak, telah menghantar Raja Sulong, iaitu Putera Raja Mahmud Ibni Raja Ali Al-Ajali (Johor) dengan Tun Kechil anak Tun Isap Misai (Bendahara Seri Maharaja Johor). Raja Sulong dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-10 bergelar Sultan Muzaffar Shah dan Baginda bersemayam di Air Mati, Padang Changkat, Lambor Kanan.
Pada masa Baginda memerintah, Tok Chandang anak Tok Changkat Piatu telah banyak membuat jasa kebaktian kepada Baginda lalu dikurniakan gelaran Maharaja Kinta dan isterinya Che Intan binti Tok Nyior Manis dikurniakan gelaran Tok Puan (gelaran yang pertama kepada isteri Orang-orang Besar Negeri Perak).
Pada tahun 1639 Belanda telah mendirikan loji di Tanjung Putus, Kuala Sungai Perak tetapi dibinasakan oleh orang Melayu Perak. Pada bulan Disember, 1650 Belanda dan Acheh telah berpakat membuat perjanjian dengan Kerajaan Perak dan syarat-syarat itu adalah seperti berikut:- Orang-orang Perak mesti menjual bijih timah kepada Belanda dan Acheh sahaja.
- Orang-orang Perak tidak dibenarkan menjual bijih kepada orang-orang Eropah yang lain serta orang India.
- Kerajaan Perak hendaklah memberi tanah bagi orang-orang Belanda mendirikan loji.
- Kerajaan Perak hendaklah membayar wang sebanyak 50,000 rial kepada Belanda kerana gantirugi loji Belanda yang dibinasakan oleh orang-orang Perak di Tanjung Putus itu.
Baginda Sultan Mudzafar Shah II memerintah Kerajaan Negeri Perak dari Tahun 1636 sehingga tahun 1653. Baginda mangkat pada tahun itu dan dimakamkan di Air Mati, Changkat, Lambor Kanan, bergelar "Marhum Jalilullah". Di antara putera-putera Almarhum ialah Raja Mahmud dan Raja Mansur.
Mengikut cerita orang-orang tua pada masa pemerintahan Baginda, berlaku penyakit "Satawar" dan Bagindalah yang mengubatkan rakyat Baginda, sebab itu dimakam Almarhum terdapat pokok satawar. Sumber - di sini
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.