Menu

IKLAN

Ke 6. Sultan Mukaddam Shah

Sultan Mukaddam ShahSULTAN PERAK YANG KEENAM
(
1603-1619)
Marhum mangkat di Acheh

Ke 7.Sultan Mansur Shah II

Sultan Mansur Shah II SULTAN PERAK YANG kETUJUH
(
1619-1627)
Marhum mangkat di Acheh

Ke 8.Sultan Mahmud Shah

  • (MARHUM PULAU TIGA)
    SULTAN PERAK YANG KELAPAN
    (1627 - 1630)
    Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah

    Apabila Sultan Mansur Shah diturunkan dari takhta Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1627 oleh kerajaan Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Sultan Acheh) yang masih berkuasa ke atas Negeri Perak telah melantik Raja Yusuf atau Raja Bongsu (Adinda kepada Sultan Mukaddam Shah) menjadi Sultan Perak yang ke-8.

    Mengikut sejarah, Raja Yusuf telah ditawan oleh Acheh semasa Acheh datang menyerang dan mengalahkan Perak di zaman pemerintahan Sultan Mukaddam Shah pada tahun 1619. Raja Yusuf tinggal di Acheh hingga tahun 1627 apabila Baginda kembali bersama Orang-orang Acheh untuk menggantikan tempat Sultan Mansur Shah. Setelah dilantik menjadi Sultan Perak Baginda diberi gelaran Sultan Mahmud Shah. Baginda ditabal dalam tahun 1627 dan bersemayam di Geronggong (sekarang Kampung Jawa, Mukim Pulau Tiga, Daerah Perak Tengah).

    Setelah memerintah lebih kurang tiga tahun, pada tahun 1630 Baginda pun mangkat di Geronggong dan dimakamkan di suatu tempat yang bernama Kampung Tok Melor (ke ulu sedikit daripada makam yang ada sebarang ini). Makam ini kemudian dipindahkan ke Kampung Pulau Tiga di Permakaman Almarhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Perak yang ke-14. Almarhum digelar "Marhum Pulau Tiga"    Sumber - di sini


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top