MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pasukan dari Singapura, Lions XII yang melakar sejarah menjadi pasukan luar pertama muncul juara Piala FA apabila berjaya menundukkan Kelantan 3-1 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Ujar Khairy, walaupun agak pahit menerima kekalahan tersebut, namun sebagai adat dalam pertandingan, beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.
“Tahniah pasukan Lions XII di atas kemenangan Piala FA. Sakit buat kami tetapi apa-apapun tahniah dan terbaik! Jumpa anda di Sukan Sea 2015 ini,” tulisnya di laman mikro Twitternya, malam tadi.

Sukan Sea 2015 akan berlangsung di Singapura pada bulan Jun ini.
Selaku juara, Lions XII menerima trofi Piala FA yang disampaikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kepada Muhammad Izwan.
Untuk rekod, Lions XII mula menyertai Liga Malaysia pada 2011 selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 2011.

-Sinar Harian

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.