AMSTERDAM - BELANDA. Kabinet Belanda meluluskan larangan pemakaian niqab di tempat awam. Kerajaan Belanda mengumumkan langkah itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet, kelmarin.
"Pemakaian niqab yang menutupi wajah tidak akan dibenarkan dalam bidang pendidikan, institusi kesihatan, bangunan kerajaan dan pengangkutan awam," menurut kenyataan tersebut.
Larangan tersebut dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ronald Plasterk.
Plasterk mendakwa, sekatan itu tidak akan menjejaskan kebebasan beragama di Belanda dan memberi alasan ia hanya dikuatkuasakan dalam situasi tertentu dan atas faktor keselamatan.
Di bawah larangan itu, wanita yang didapati mengenakan niqab dan jubah penuh di tempat dan bangunan awam akan dikenakan denda sehingga 405 euro (RM1,606).
Difahamkan, antara 100 dan 500 wanita Muslim memakai niqab di Belanda.

Pada 2011, Perancis menjadi negara Eropah pertama menguatkuasakan larangan pemakaian niqab atau burqa di tempat awam. - Al Jazeera.
Wanita Muslim di Belanda dilarang memakai niqab di kawasan tumpuan awam.

-Sinar Harian

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.