
Manjung - Mayat seorang wanita warga Indonesia dipercayai mati dibunuh lalu disimpan dalam guni dan dicampakkan di reban ayam di Taman Dindings Ayer Tawar, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang, mayat wanita berusia 30-an itu ditemui seorang lelaki sebelum dia melaporkan kejadian itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mayat mangsa ditemui dekat rumah kongsi.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati tiada butir pengenalan yang ditemui pada mayat warga Indonesia dipercayai berusia 30 an berkenaan.
"Mangsa dikatakan tinggal bersama seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai suspek kes berkenaan.
"Suspek dikenali Aree @ Bejo yang dikesan tidak memiliki sebarang pasport atau dokumen perjalanan yang sah," katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh lebih dari 48 jam yang lalu berdasarkan keadaan mayat yang ditemui itu.
"Laporan bedah siasat mayat masih belum diterima dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Harian Metro

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.