Menu

IKLAN



TELUK INTAN - Seramai 400 peserta telah menyertai #FitMalaysia Anson Night Fun Ride yang telah berlangsung di Teluk Intan.Ia melibatkan kayuhan sejauh 27 kilometer mengelilingi  sekitar Bandar Teluk Intan. Acara tersebut yang dianjurkan bersempena Fiesta D'Anson 2014 itu turut disertai oleh Pegawai Daerah Hilir Perak, Zamari Mohd Ramli.

Menurut Pengerusi Pergerakan Belia 4B Teluk Intan, Saiful Adli Mohd Arshad, penyertaan pada malam semalam adalah diluar jangkaan."Penyertaan bagi kayuhan basikal pada malam ini telah melebihi daripada target yang kita sasarkan iaitu seramai 300 orang.

"Peserta majoriti daripada sekitar Teluk Intan dan ada juga dari Ipoh, Tapah dan Kampar.
"Program ini merupakan salah satu kempen yang dijalankan oleh pihak Fit Malaysia supaya masyarakat menyertai program kecergasan," katanya.Beliau berkata, program tersebut lanjutan daripada program Ipoh Fun Ride yang telah dilaksanakan di Ipoh

"Program kayuhan pada malam ini ditaja sepenuhnya oleh Exco Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
"Alhamdullilah, sambutan daripada masyarakat setempat sangat baik."Saya harap program kecergasan ini berterusan kerana program ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat," ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, Fiesta D' Anson yang bertemakan 'Harmoni Budaya Sejahtera Negara' itu bukan sahaja menumpulan kepada budaya tetapi juga daripada segi cara hidup masyarakat itu sendiri."Apabila nak buat program ini, kita fikir dua perkara iaitu yang pertama memaparkan budaya berbilang kaum di Teluk intan ini khususnya dimana terdapat pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak penganjur.






"Kita mencari titik pertemuan dimana budaya berlainan dapat bersama-sama dan melalui program ini, sememangnya boleh menyatu padukan minat daripada semua bangsa ini mencapai sasaran seterusnya matlamat Fiesta D'Anson itu sendiri," tambahnya.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top