Hulu Terengganu : Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu,
Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat
sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui
telahpun meninggal dunia.
Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk
yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota
penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.
Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.
Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi lewat kerana melalui jalan yang sukar dan licin.
Suasana sayu menyelubungi
kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja
pasukan SAR membawa turun jenazah.
Jenazah mangsa dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.