IKLAN


KUANTAN: Juara Le Tour De Langkawi (LTDL) peringkat kelima, Seo Joon Yong dari pasukan KSPO berasa terkejut dengan kemenangan yang diraihnya dalam perlumbaan dari Kuala Terengganu-Kuantan, hari ini.
“Saya rasa sangat gembira tetapi dalam masa yang sama sangat terkejut dengan keputusan yang di luar jangkaan ini.
“Jarak masa antara saya dan pelumba lain adalah lebih kurang 20 minit dengan perbezaan jarak lebih kurang 15 Kilometer (KM),” ujar beliau ditemui selepas tamat perlumbaan.
Bagi penyarung jersi kuning dan biru, Caleb Ewan dari pasukan Orica Greenedge, peringkat kelima adalah peringkat yang paling memenatkan.
“Selain faktor angin lintang yang ditempuhi di sesetengah kawasan, jarak sejauh 200 KM adalah jarak yang panjang dan memenatkan.
“Saya akan cuba perbaiki keputusan di peringkat keenam esok,” ujar Caleb.
Bagi pelumba pasukan Terengganu Cycling Team pula, Mohamad Adiq Husaini Othman, peringkat ini adalah satu kemenangan untuk beliau dan seorang lagi pelumba tempatan, Loh Seo Keong dari pasukan Malaysia National Team.
“Seo Keong banyak membantu dan saya berterima kasih kepada beliau dan kemenangan ini adalah kejayaan kami bersama.
“Pada mulanya, saya menyasarkan tempat kedua tetapi tempat ketiga pun sudah cukup bermakna bagi saya tambahan pula Chukai adalah kampung saya, sekaligus menjadi pembakar semangat untuk saya berlumba,” kata Adiq lagi.
Bagi pusingan keenam esok, para pelumba akan memulakan kayuhan sejauh 96.6 KM bermula di Maran dan berakhir di Karak.























13 Mar 2015

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top