Hai~... Baru-baru ini kita dikejutkan (terkejut lah sangattttt~) dengan cerita kononnya terdapat penampakan seekor naga sedang terbang di Kulim dan berjaya dirakam oleh lensa kamera. Naga versi 'omputih' itu dikatakan terbang rendah dan berlegar-legar di ruang udara Kulim.
Kah kah kah.... Cuba buka Youtube dan cari Dragon Flying Over England. Maka akan jumpalah video yang sama sepertimana dikatakan penampakan berlaku di Kulim kononnya.
Penulis tak perlu cerita semua ini sebenarnya, kerana pasti ramai yang sudah tahu akan perkara tersebut, walaubagaimanapun, penulis tak dapat menahan diri apabila melihat semakin 'melarat-larat' perkongsian di Internet tentang kemudiannya naga tersebut ditemui di Johor dalam keadaan cedera parah.
Yang lawaknya... naga yang ditemui ini pula versinya ialah jenis naga dari China dan berbeza dengan yang terbang sebentar tadi. (Sigh.. kena cerita sebijik-sebijik.. now I feel like I'm stupid)
Jom kita tengok apa yang dikatakan page ini :
Wauuuuu~ misteriusnyer... maybe pihak government ambil sebab takut Men In Black datang ambil dulu... (prfttttt) Korok mung.....
Kisahnya, sebelum naga ini ditemui cedera, kecederaannya lebih parah dari sebelum ini... tak percaya.?
Sebelum naga ini cedera, ia telah ditemui tanpa badan dan hanya mempunyai kepala.
Lebih malang lagi... selepas badannya tumbuh, naga ini hampir tiada bulu di seluruh badannya sehinggakan kaki belakangnya juga tiada.
Setelah itu, naga itu mula tumbuh bulu-bulu putih di badannya, kakinya juga siap dipasang.. ehhh.. tumbuh secara semulajadi.
Naga itu kemudiannya berlakon macam sakit dengan darah mengalir di perutnya.
Maka, begitulah bagaimana naga tadi ditemui dalam keadaan cedera.... dari hanya sebijik kepala, tiada badan, tiada kaki, tiada bulu, tiada setitik darah, kemudiannya sedikit demi sedikit menjadi seekor naga yang sedang cedera.
PW : Tentang kerajaan ambil naga ni nak sorokkan bukti..? YA, mereka akan keluarkan bila tiba Tahun Baru Cina. Sekian. Terima kasih~
KLIK SINI
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.