Setelah tersebarnya gambar seorang anggota polis dikatakan mengoyakkan wang kertas bernilai RM20 ringgit sewaktu menahan seorang pesalah trafik di laman-laman media.
Terdapat beberapa reaksi balas tidak menyenangkan sehingga menimbulkan persoalan. Ini kemudiannya dijawab oleh Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia setelah diputuskan dalam rujukan perundangan... KLIK SINI
dari Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff:-
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota polis trafik mengoyak wang yang disogokkan kepadanya tidak dianggap sebagai kesalahan.
Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, perkara itu diputuskan selepas membuat rujukan perundangan.
“Saya sudah rujuk kepada pihak perundangan kami, tiada kesalahan yang dilakukan (anggota trafik).
“Kalau pemandu tidak puas hati dia boleh buat laporan polis, biar kita siasat kelakuan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘flag-off’ konvoi bermotosikal program kesedaran dan keselamatan jalan raya anjuran pasukan Polis Trafik dengan kerjasama iM4U, di sini, Jumaat.
Mohd Fuad mengulas mengenai gambar yang tersebar di laman sosial berhubung keengganan seorang anggota polis trafik menerima wang kertas RM20 yang disogokkan seorang pesalah trafik kepadanya.
Difahamkan, marah dengan tindakan merasuah itu, beliau telah bertindak mengoyak wang kertas berkenaan.
Mohd Fuad berkata, walaupun tindakan mengoyak wang dilihat tidak sepatutnya dilakukan, tetapi ia harus dilihat pada situasi dan masa.
“Pada saya anggota trafik tak sepatutnya melakukan tindakan mengoyak wang, tetapi bagi keadaan itu, bila ada orang memberi wang sogokan, ia boleh diterima.
“Pemandu boleh buat laporan, tetapi dia nak tulis apa dalam laporan…takut nanti laporan itu makan dirinya sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata, beliau sering mengingatkan pegawai dan anggota trafik supaya menolak dan memberi amaran kepada pemandu yang cuba memberikan wang sogokan.
“Jika pemandu berkeras juga mahu beri (wang), tak ada salahnya kalau mereka ditangkap, malah saya sendiri beri arahan supaya mereka ditangkap,” katanya.
Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan jika terdapat mana-mana anggota polis trafik yang cuba meminta wang sogokan daripada pesalah trafik.
Katanya, jika nama atau nombor pengenalan anggota trafik itu tidak dapat dikenalpasti, orang awam boleh membuat laporan dengan mengemukakan nombor kenderaan dan tempat kejadian.
Related Posts
Bagan Datoh 2016 International Merdeka Mountain Bike Challenge 28 Ogos Ini
01 Jun 20160IPOH : Perak Mountain Bike Cycling Club akan menganjurkan Bagan Datoh 2016 International Merdek...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.