Menu

IKLAN

MADRID: Jaringan hatrik ketiga oleh Lionel Messi daripada empat perlawanan membantu Barcelona memberi tekanan kepada pendahulu La Liga, Real Madrid selepas mereka membelasah pasukan tetangga, Espanyol 5-1, awal pagi tadi.
Selepas ketinggalan dengan jaringan awal daripada Sergio Garcia, Barcelona kemudian menguasai penuh permainan.
Ini adalah hatrik ke-21 untuk Messi dalam La Liga yang kini mendekatkan dia kepada dua sahaja untuk mengatasi rekod Cristiano Ronaldo yang mencipta rekod ke-23, kelmarin.
Gol lain Barca adalah sumbangan Gerard Pique dan Pedro untuk membantu pasukan memintas Atletico Madrid di tempat kedua berbekal 34 mata.
Real masih mendahului dengan 36 mata selepas kemenangan 3-0 ke atas Celta Vigo, kelmarin.
"Tiada perkataan mahu dihuraikan mengenai Messi. Dia memberikan kami sumbangan amat besar dan sukar untuk menyebut apa dilakukan olehnya untuk kami selama ini," kata said Pique. - AFP


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top