Menu

IKLAN



SHAH ALAM - Tindakan agresif penyokong pasukan Malaysia menyerang penyokong pasukan Vietnam merupakan satu tindakan yang mengecewakan.
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan yang keterlaluan itu boleh dianggap mengundang provokasi, sekaligus mendatangkan risiko ke atas penyokong pasukan Malaysia yang akan berkunjung ke Vietnam pada perlawanan akan datang.​
 
“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.
 
“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua,” katanya menerusi entry Facebooknya hari ini.
 
Sementara itu, Khairy turut menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak berkuasa tampil memberikan laporan rasmi.
 
“Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari FAM, saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut.
 
“Tindakan ganas segelintir penyokong pasukan Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar,” jelas Khairy.

Perlawanan Bola Sepak yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam tadi menyaksikan Malaysia menentang Vietnam pada peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF.
 
Pasukan Malaysia tumpas di laman sendiri dengan hasil jaringan 1-2, oleh pasukan Vietnam.
 
“Apa yang mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.
 
“Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi,” ujarnya lagi.

FATHIN ATHIRAH HASLI


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top