Menu

IKLAN

MANCHESTER: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menghambur pujian melangit kepada David de Gea selepas penjaga gol Sepanyol itu memainkan peranan penting kemenangan 3-0 Manchester United, semalam.
Gol daripada kapten, Wayne Rooney, Juan Mata dan Robin van Persie mengesahkan kemenangan keenam berturut-turut Liga Perdana buat United namun persembahan cemerlang De Gea di Old Trafford lebih mendapat tumpuan.
"Kami mencipta begitu banyak peluang hari ini (semalam) dan David De Gea adalah pemain terbaik perlawanan. Dia melakukan empat atau lima aksi menyelamat seperti itu musim ini," kata Rodgers kepada Sky Sports.
"David adalah penjaga gol kelas dunia dan kemampuannya untuk melakukan aksi menyelamat amat menakjubkan, namun sumbangannya juga cemerlang."
Kekalahan melengkapkan minggu suram buat The Reds yang tersingkir dalam Liga Juara Eropah selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Basel di laman sendiri, pada Rabu.
Sekalipun kalah, Rodgers tetap berpuas hati dengan jumlah peluang yang dicipta barisan pemainnya.
"Hari ini kami mencipta pelbagai peluang, sesuatu yang kami sudah lama tidak lakukan," kata pengurus kelahiran Ireland itu.
"Saya akan terus mencari jalan penyelesaian. Ia pasti akan sukar musim ini namun itulah jalannya. Jelas kami tidak mencipta banyak gol atau mencipta banyak peluang."
Kekalahan di Old Trafford memaksa Liverpool ketinggalan 10 mata di belakang United dan tujuh mata daripada untuk layak ke peringkat Liga Juara-Juara Eropah musim depan. - AFP



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top