Menu

IKLAN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan bantuan segera jika mengalami gejala denggi.
Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu segera dilakukan berikutan kes denggi semakin meningkat setiap hari.
Beliau berkata demikian dalam laman Twitter dan tweet itu turut disertakan dengan infografik mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya mengalami gejala denggi.
Antara langkah itu ialah mendapatkan nasihat doktor, minum banyak air masak dan berehat, elakkan pengambilan ubat aspirin bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun, mandi jerlum untuk kurangkan suhu badan serta mengambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam dan kesakitan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat lalu dilaporkan berkata, sebanyak 15,039 kes denggi direkodkan sejak awal tahun hingga 7 Februari lalu, meningkat 59 peratus atau 5,586 kes berbanding 9,453 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Ia membabitkan 44 kematian bagi tempoh berkenaan berbanding 17 bagi tempoh sama dalam 2014. - BERNAMA


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top