Menu

IKLAN

IPOH: Tempoh tahanan reman empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian kelar isteri seorang anggota polis berpangkat sarjan di Taman Tanjung Emas di sini 11 Februari lalu disambung enam hari lagi hingga 23 Februari ini.
Semua suspek yang berusia 15, 16, 17 dan 19 tahun, sebelum ini direman selama enam hari bermula Khamis lalu, selepas diberkas beberapa jam selepas kejadian.
Perintah sambung reman itu dikeluarkan Majistret Haslinda A Raof sebentar tadi bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 3 pagi, mangsa Izaah Abdullah, 52, ditemui mati oleh anak lelakinya di kediaman mereka dalam keadaan tertiarap atas katil dengan kesan tikaman pada leher dan kepala ditutupi bantal serta berlumuran darah.
Polis yang memberkas semua remaja berkenaan di kawasan berhampiran termasuk seorang suspek utama yang juga adalah jiran dikenali mangsa sejak kecil, turut menemui semula dua telefon bimbit dan satu tabung duit syiling milik mangsa.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top