KUALA LUMPUR 21 APR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata laporan polis yang dibuat NGO Pro-Umno tidak mengubah pendiriannya mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman negara terhadap kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walau berjuta-juta laporan polis dibuat, saya tetap dengan pendirian saya dan kita ada hak untuk kritik mahkamah dan saya akan secara lantang kritik seperti yang saya lakukan ini.
Beliau berkata demikian merujuk tindakan Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) yang membuat laporan polis terhadap Surendran.
Laporan polis dibuat hari terhadap Surednran kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara.
19 April lalu, Surendran dalam kenyataan berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Anwar ‘bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal).
Surendran berkata, kesimpulan yang diputus tiga hakim bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua ‘common sense’.
Justeru, beliau menggesa pihak Polis tidak membuang masa dengan menyiasat kes yang remeh-temeh yang sebenarnya tidak perlu disiasat.
“Buat laporan polis berpuluh-puluh. Polis terpaksa siasat sebab laporan dah banyak dibuat, jadi terpaksa jalankan tugas mereka.
“Saya nak bagi amaran, Polis perlu profesional dalam menilai kes. Jangan siasat kes yang remeh seperti ini,”kata N. Surendran
Dipetik Dari Portal KD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.