![]() |
| Mangsa selepas dipercayai terjun dari Wisma Persekutuan di Jalan Bayam Kota Bharu. |
Kejadian kira-kira jam 6 petang itu hanya disedari orang awam yang melihat lelaki berkenaan dalam keadaan terbaring di kawasan petak pasu bunga di persekitaran bangunan itu.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis masih menyiasat mengenai kejadian itu memandangkan semasa lelaki itu terjatuh, tiada saksi yang melihat kejadian dan kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak terdapat di kawasan tersebut.
"Kita klafikasikan kes ini sebagai mati mengejut memandangkan tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah", katanya.-Sinar Harian




0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.