SHAH ALAM –Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah
kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan
itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah
dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.
The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan
pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia,
suspek utama ialah juruterbang.
Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan
siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan
gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal
yang didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing,
China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.
Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati
Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu
membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen
sosial atau kerja di masa depan.
Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot,
Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.
Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu
apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi
“rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau
dengan landasan yang pendek.
Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.
Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.
Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777
sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina
simulator penerbangan pesawat itu di rumah.
"Beliau adalah seorang juruterbang yang sangat mahir dengan teknologi
penerbangan. Sesiapa saja boleh tanya dan dia pasti akan membantu,” kata
seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang pernah
terbang bersama Zaharie sebelum ini.
Tetapi di sebalik kehidupan sebenar, Zaharie yang hidup selesa di
pinggir bandar Kuala Lumpur tinggal bersama tiga anak dan seorang cucu
berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zaharie mulai
retak.
Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie.
Pada 15 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan
mengenai syak wasangka kerajaan terhadap tindakan yang disengajakan oleh
seseorang di atas kapal terbang.
Namun, pada 2 April, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata, pihaknya sedang menyiasat empat tumpuan utama, iaitu masalah
iaitu peribadi dan psikologi serta sabotaj dan rampasan.
Ekoran itu, sepasukan penyiasat antarabangsa termasuk pakar kemalangan
udara dari Britain, AS dan Perancis berusaha menyiasat untuk mengetahui
apa yang berlaku kepada pesawat tersebut.
Saudara-mara dan rakan-rakan juruterbang tersebut menegaskan
mempertahankan beliau daripada sebarang spekulasi dan khabar angin itu.
"Dia mempunyai segala-galanya dalam hidup. Beliau adalah seorang lelaki
periang, ceria, profesional lengkap yang akan tahu apa yang perlu
dilakukan dalam krisis,” kata Nasir Osman, yang pernah bersekolah sama
dengan Zaharie ketika di Pulau Pinang.
Sementara itu, anak perempuan Zaharie, Aishah, mengutuk spekulasi mengenai bapanya dan menyifatkannya sebagai ‘pembohongan’.
Manakala abang iparnya, Asuad Khan pula berkata, Zaharie sering bermain dengan cucunya
Asuad dalam sebuah program televisyen Australia berkata, dakwaan yang
dilemparkan terhadap Zaharie mengenai kehidupan peribadi dan
aktiviti-aktiviti profesional adalah tidak benar.
Asuad juga menafikan bahawa kapten itu boleh menjalankan misi membunuh
diri dan mendakwa pihak berkuasa mungkin menggunakan Zaharie sebagai
kambing hitam.
“Beginilah, jika mereka salahkan dia, saya akan berjuang. Saya tidak akan duduk diam.
“Jika dia mengatakan bahawa Zaharie mahu (melakukan) membunuh diri di Lautan Hindi, saya akan kata, sila buktikannya.
"Jika dia mahu (melakukan) bunuh diri, itu mungkin. Tetapi mengapa dia
mahu membunuh 238 orang dengan dia? Mengapa dia mahu jadi bodoh? Tak
mungkin dia buat begitu,” katanya. - Sinar
PW : Hal ni PW malas komen, biarlah polis dan pihak berkenaan sahaja jalankan siasatan.... sekarang just nak fokus macamana nak elak anak-anak muda Malaysia zaman sekarang menyertai militan dan menjadi pengebom berani mati....kerana hal-hal macam ni lah seterusnya orang akan menunding jari pada negara, kononnya listed sebagai salah satu pengeluar pengganas....
Related Posts
Satukan Semua Pemimpin Agama, Wanita dan Belia
11 Feb 20160KUALA LUMPUR: Bersempena dengan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia yang dianjurka...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.