KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pesalah trafik yang disaman kerana
cermin gelap, sebelum undang-undang baharu mengenainya dipinda, masih
perlu membayar saman mereka.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata
kesalahan trafik cermin gelap yang lepas tetap dikira salah kerana ia
masih lagi mengikut kadar ketelusan cahaya 70 peratus bagi cermin depan
dan 50 peratus bagi lain-lain cermin.
"Kerajaan telah memberi perakuan bahawa pindaan kepada ketelusan cahaya
itu akan dibuat tetapi apa pindaan itu kita tidak pasti lagi," tambah
beliau.
Katanya polis menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan akan menangguhkan operasi cermin gelap
ini sehingga mendapat laporan mengenai ketelusan cahaya yang
dibenarkan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvoi
bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 1Malaysia for Youth
(1M4U) di sini hari ini.
Acara itu ialah siri ke-5 selepas Selangor, Pahang, Perak dan Kedah
yang dikendalikan oleh Cawangan Trafik Bukit Aman dengan kerjasama
1Malaysia For Youth (iM4U) bertujuan untuk menggalakkan orang ramai
terutama golongan muda supaya berdisiplin di jalan raya dan menghormati
pengguna jalan raya yang lain.
Sebanyak 80 penunggang termasuk 40 anggota polis menyertai konvoi ke Tanjung Mas, Muar, Johor itu.
Related Posts
Bagan Datoh 2016 International Merdeka Mountain Bike Challenge 28 Ogos Ini
01 Jun 20160IPOH : Perak Mountain Bike Cycling Club akan menganjurkan Bagan Datoh 2016 International Merdek...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.