Menu

IKLAN

Apabila Adnan Satem tampil memberitahu Kerajaan Negeri Sarawak bersedia membantu Adun Bukit Assek,Wong Ho Leng, tidak ramai yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam parti DAP. Satu pendedahan di bawah mungkin membolehkan umum memahami apa yang berkitar di dalam parti itu sendiri, dan sikap mereka melayan ahli lebih-lebih lagi rakan pemimpin di kala beliau memerlukan...


Irene Chang, isteri kepada YB Wong Ho Leng, ahli parlimen Sibu yang juga merupakan Pengerusi DAP Sarawak, membidas partinya sendiri iaitu DAP kerana gagal memberi mahupun menawarkan apa-apa jenis bantuan kepada suaminya semasa hayat suaminya yang menjalani rawatan perubatan akibat tumor otak.

Irene Chang  berasa marah dan geram selepas membaca kenyataan media DAP pada 13 Januari yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng yang menyatakan sokongan moral kepada Ahli Parlimen yang sedang uzur itu.


Irene kecewa kerana dia dan keluarga telah menghabiskan sejumlah hampir RM124,000 untuk kos perubatan dan diagnosis kepada Wong.

Kos rawatan radioterapi dan kemoterapi di Singapura pula menelan belanja sebanyak RM150,000 dan jika melakukan pembedahan otak untuk membuang tumor tersebut, ianya memerlukan teknologi terkini dan setiap satu sesi pembedahan memerlukan tambahan sebanyak RM30,000.



Ini tidak termasuk lain-lain kos antaranya pengangkutan untuk membawa suaminya ke hospital, ubat-ubatan dan lain-lain. Termasuk kos sara hidup kepada Irene sendiri kerana beliaulah yang akan berada bersama suaminya sepanjang tempoh rawatan di Singapura.

Fasa pertama rawatan memakan masa selama 6 minggu dan selepas itu sesudah kemasukan jangkawaktu selama 3 minggu dan penilaian, Wong berkemungkinan akan melalui Fasa kedua rawatan yang akan menelan masa juga selama 6 minggu lagi.

Kos keseluruhan rawatan perubatan untuk Wong dengan mudah mencapai hampir setengah juta dalam masa 3 bulan sahaja.

"Wong berusia 53 tahun dan kami ada 5 orang anak - 4 darinya masih menuntut di kolej dan universiti, dari itu, sumber kewangan kami kini amat sempit. Firma guamannya terpaksa dilupakan sebaik sahaja dia dilantik sebagai Ahli Parlimen Sibu kerana dia tidak dapat menumpukan masa terhadap firma itu yang sebelum ini menjadi sumber utama pendapatan keluarga.



Sebagai seorang Ahli Parlimen DAP, dia diminta menyumbangkan sebahagian elaun beliau kepada parti dengan kerap. Elaun tersebut sendiri tidak cukup untuk menampung semua perbelanjaan apatah lagi menanggung rakyat sebagai seorang Ahli Parlimen. Setiap bulan, kami terpaksa menambah RM10,000 sebagai kos tambahan untuk berkhidmat kepada rakyat dan untuk mengekalkan Pusat Khidmat Masyarakat kami," kata Irene.

Dia juga berkata, "Sewaktu pilihanraya Sibu dan Sarawak berlansung tahun lepas, kami menggunakan hampir kesemua simpanan peribadi kami sebanyak RM700,000 untuk kos berkempen kerana terlalu sedikit sokongan dari DAP pusat. Kami meraih simpati dari Pertubuhan Foo Chow dan juga beberapa orang peniaga untuk menderma dan mendapatkan bantuan kewangan. Kami mampu meraih dana sebanyak lebih dari RM10 juta dari sahabat, sanak saudara dan penyokong... saya rasa, kami kami hanya menggunakan RM4 juta dari jumlah dan tersebut, namun yang selebihnya telah dipindahkan dari DAP Sarawak dan hilang dalam peti simpanan DAP pusat dan kami tidak ada akses kepada dana tersebut... dan kini, Wong sedang uzur dan kami memerlukan wang untuk kos perubatannya... namun apa yang Guan Eng boleh katakan atau buat adalah 'DAP akan menyokong dari segi moral dan membantu menjalankan tugas semasa ketiadaanya'... di mana sokongan perikemanusiaan kepada kami dalam waktu sukar sebegini? Tidak ada satu sen pun diberi oleh parti setelah apa yang kami lakukan dan buat untuk kejayaan DAP di sini. Guan Eng patut berasa malu."



"Saya mendengar dari mendiang Wong merungut kepada saya yang parti DAP telah memberi Tony Pua sebanyak RM1.3 juta untuk membuat video bodoh Gangnam untuk Konvensyen DAP baru-baru ini...ya tuhanku...mereka mampu membazirkan RM1.3 juta untuk video klip berkenaan tetapi mereka tak mampu beri dengan ikhlas waima satu sen kepada perubatan Wong? Kepimpinan DAP benar-benar tiada hati dan perasaan. - Diterjemah dari sumber UNSPINNERS


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top