Bernama telah mengesahkan di dalam kenyataan twitter rasmi mereka berkenaan berita yang dikeluarkan dengan menggunakan initial, BERNAMA, adalah berita palsu.
Petikan berita palsu tersebut seperti yang terkandung di bawah...,
"1045AM // Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kepada DYMM Tuanku Sultan.
Exco Kerajaan Negeri YB Iskandar Abdul Samad telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid dan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada jam 2.00 petang ini. -BERNAMA"
...telah tersebar secara meluas di media sosial.
Pihak BERNAMA menafikan mengeluarkan berita tersebut dan mengesahkan bahawa ianya adalah palsu.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.