Menu

IKLAN

Penduduk Kampung Petropavlovka, Bondar Roman, 34, menunjukkan serpihan pesawat yang berlubang dipercayai kesan tembakan mesingan:-

Serpihan pesawat MH17 yang berlubang, seolah-olah ditembak mesingan, menarik perhatian pakar penerbangan Malaysia yang selesai menjalankan tugas pada hari ini.

Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Micheal Bociurkiw berkata, serpihan kecil yang bewarna merah dan biru itu ditemui oleh penduduk Kampung Petropavlovka.

“Apa yang memeranjatkan kami ialah terdapat lubang pada serpihan kapal terbang, seolah-olah kesan tembakan mesingan,” katanya pada sidang media hari ini.

Pasukan pakar penerbangan itu telah meninggalkan Donetsk dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Pasukan tiga orang itu terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, Kapten Philip Joseph Selvaraju serta Mohd. Naemy Fahimy Mustapa dan Pengarah Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Malaysian Airline System Berhad (MAS), Azahari Mohd. Dahlan.

Mereka telah berada di Donetsk sejak Selasa lalu.

Menurut Bociurkiw, pasukan pakar itu berpuas hati dengan pemeriksaan yang dilakukannya itu.

Sementara itu, beliau memberitahu, Malaysia tidak membayangkan untuk menghantar lebih ramai penyiasat ke kawasan nahas pesawat MH17 setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, OSCE bersedia menerima lebih ramai penyiasat pada masa depan.

Paperwaris : Jika benar dakwaan ini, tentulah penyerang tahu bahawa ianya sebuah pesawat penumpang.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top