Menu

IKLAN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kesemua mayat warga Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenalpasti, dibawa pulang dan disemadikan di tanah air. 

Najib juga mahu supaya kesemua mayat mangsa tragedi itu dapat dikeluarkan dari kawasan kejadian di wilayah Donetsk, di Timur Ukraine sebelum Hari Raya Aidilfitri. 
 
“Ini pendirian kita (Malaysia) dan telah saya nyatakan kepada keluarga penumpang MH17 dalam pertemuan semalam di Marriot Putrajaya. 
 
“Sebagai seorang pemimpin, tiada peristiwa yang begitu menyayat hati berbanding apa yang saya alami semalam. Isteri kehilangan suami, bapa kehilangan anak. Bayangkan perasaan mereka yang sudah tentu mengalami satu kehilangan yang tak boleh digambarkan,” katanya. 

Najib berucap menutup Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top