Di dalam website milik kumpulan tersebut, Keneseth Israel mempunyai rangkaian bersama Persatuan Sinagog Yahudi Konservatif ( The United Synagog Of Conservative Judaism). Keneseth Israel juga merupakan sebuah persatuan keagamaan yang menerima budaya seks songsang LGBT dan murtad.
Kumpulan ini membahagikan genre kumpulan mereka kepada tiga yakni Kelab Lelaki, Sisterhood dan Kelab Belia.
Misi Keneseth Israel ialah untuk menyumbangkan persekitaran rohani yang selesa untuk memenuhi agama, pendidikan dan keperluan sosial yang komited dalam menjalani kehidupan dan prinsip Yahudi kepada semua ahlinya.
Dana-dana yang disumbangkan daripada syarikat-syarikat gergasi ini termasuklah untuk menggerakkan operasi am pertubuhan Israel ini dari aspek Kerohanian, Pendidikan, Kelab Lelaki, Program-program anjuran, Biasiswa, Sumbangan Kitaran Hidup (seperti Khairat Kematian dan Kelahiran), Sambutan Ritual dan juga saguhati umum.
Dalam kerancakan dunia sedang memboikot barangan Yahudi, atau lebih tepat lagi barangan Israel, adakah anda terlibat dengan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka di U.S. dan kemudiannya dibungkus dan dipek semula di Malaysia untuk edaran dan jualan?
Jika ya, mungkin anda patut mencetak gambar seorang anak Palestin yang berlumuran darah dan meletakkannya di dalam dompet anda. Jadi setiap kali anda ingin berbelanja, anda mungkin mahu menyiasat dari mana datangnya barangan yang akan dibeli.
Jika anda was-was dengan artikel ini, anda boleh menyemak laman web berkenaan di pautan www.kenesethisrael.com
Produk Shaklee, ianya masih halal dan diiktiraf... begitu juga dengan McDonalds yang anda enggan makan malam tadi...
Waris Amp
Author Paperwaris.




0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.