Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara
bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun di
Mahkamah Tinggi Syariah, sebentar tadi.
Menerusi laporan MyMetro (online), Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd
Zain yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46,
memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.
Ketika ditemui media selepas prosiding itu, Mohd Zaidi turut memberitahu
Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak
mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk
melalui media cetak dan elektronik.
Awie hadir bersama dua rakannya manakala Rozana tidak hadir. - HMetro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.