Menu

IKLAN


Kejadian yang dirakamkan di Kuantan memperlihatkan seorang wanita yang mengamuk apabila sebuah kereta telah bergesel dengan kenderaan dinaikinya kini menjadi topik terhangat di media sosial. Dengan jumlah perkongsian melebihi 50,000 di laman sosial Youtube dan Facebook. Tentu sahaja wanita berkenaan kini tidak dapat duduk diam.

Apatah lagi video tersebut dengan jelas merakamkan jenis kenderaan yang digunakan wanita itu serta nombor plet kenderaannya.


Dalam video tersebut, wanita berkenaan dilihat terpekik-pekik menengking seorang pemandu tua. Dia yang menggunakan pengunci stereng memukul kenderaan pemandu tersebut beberapa kali seraya menuntut gantirugi sebanyak RM2000.

Dengan lagak ala samseng, wanita itu merampas kunci milik pemandu kenderaan yang telah tidak sengaja bergesel dengan kenderaannya.


Kejadian itu juga membuatkan pemandu tadi tidak dapat mengalihkan kenderaannya serta mengakibatkan kesesakan trafik di lokasi kejadian.

Setakat ini masih belum ada sebarang aduan dibuat terhadap wanita itu, walaubagaimanapun, jika terdapatnya laporan dibuat, wanita tersebut mungkin dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan merampas kunci pemandu terbabit serta berkelakuan samseng (road bully).

Rata-rata, komen pengguna media sosial mengharapkan pihak berkuasa dapat menagmbil tindakan ke atas wanita tersebut supaya orang awam dapat mengambil iktibar dari kejadian itu dan perlakuan samseng jalanan tidak berleluasa.

Paperwaris : Raya dalam lokap?

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top