Menu

IKLAN

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka memohon orang awam yang mempunyai maklumat atau aduan terhadap pemandu yang menyalahgunakan laluan kecemasan supaya melaporkan kepada mereka.

Pengadu boleh menghantar gambar yang jelas beserta nombor plet kenderaan sebagai bukti supaya pesalah boleh dikenakan tindakan.

Beberapa komen menyifatkan perbuatan pemandu yang mengadu kepada JPJ akan kesalahan mereka merupakan perbuatan dengki.

Akan tetapi jika dilihat dari sudut positif, tindakan pemandu yang juga menjadi mata kepada JPJ diharap dapat mendidik serta mendisiplinkan pemandu di Malaysia supaya mematuhi peraturan jalanraya.

Nota dari laman FB JPJ :

Aduan kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan boleh dihantar terus ke aduantrafik@jpj.gov.my

Pastikan gambar kelihatan jelas dan terang, nyatakan tarikh, masa, lokasi dan butiran pengadu perlu lengkap.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top