Masjid Pulau Perhentian bakal menjadi daya tarikan baru kepada pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu.
Masjid ‘terapung’ bernilai RM13 juta itu bukan sahaja memberi
kemudahan kepada penduduk pulau malah ia bakal menjadi mercu tanda
pembangunan syiar Islam di perkampungan nelayan itu.
ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, masjid
yang dimulakan pembinaan pada 2012 itu kini berjalan lancar dan ia pada
tahap 80 peratus siap pembinaan oleh kontraktor terbabit.
Katanya, masjid yang mampu menampung lebih 1,000 jemaah itu dijangka
siap sepenuhnya akhir tahun ini apabila semua kerja pembinaan siap
dilakukan pihak terbabit.
Beliau berkata, pelancong akan dapat melihatan keindahan masjid itu
ketika berada pada waktu senja dari tengah laut antara dua pulau iaitu
Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar ketika berada di atas
bot perairan pulau berkenaan.
“Pembinaan masjid baru itu adalah bagi menggantikan masjid lama yang
uzur dan tidak mampu menampung pertambahan penduduk di pusat pelancongan
tersohor itu,” katanya baru-baru ini. - TEGANUKITA.MY
Home
»
»Unlabelled
» Masjid 'Terapung' Pulau Perhentian Hampir Siap Dibina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.