Gerik - Untuk mengamalkan cara hidup gaya sihat, Majlis Belia Daerah Gerik telah menganjurkan Gerik Silver Youth Charity Ride pada 16 November iaitu semalam bersempena dengan program MBN Perak turun padang ke Parlimen Gerik. Program ini juga dijalankan dengan kerjasama RCC Releks Cycle Club dan MBN Perak. Berjaya mengumpulkan 150 orang peserta, mereka dilepaskan oleh saudara Hasnul Fairuz Hushin Amri selaku Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak.
Program Charity Ride ini juga mendapat kerjasama dari PDRM, Rela, Radio Amatur Gerik dan juga KPDNKK. Selain itu program berbasikal ini juga disokong oleh Ahli Parlimen Gerik dan ADUN Pengkalan Hulu.




0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.