Menu

IKLAN


PASIR SALAK : Kewujudan gelanggang futsal yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di beberapa kampung di kawasan itu memberikan semangat baru kepada golongan belia di situ.

Ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada golongan belia untuk bermain futsal, malah membolehkan golongan itu melakukan satu aktiviti riadah yang berfaedah.

Menurut Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kampung Gajah, Md Salleh Abdul Rahim, pembinaan gelanggang futsal tersebut mampu memberi manfaat kepada golongan muda di parlimen itu.

"Ini merupakan satu kebanggaan kepada kami dengan pembinaan ketiga-tiga gelanggang futsal bagi kawasan ini kerana ia amat berguna kepada generasi muda di kawasan sekitar kampung di sini.

"Hal ini demikian kerana kita tahu permainan futsal merupakan satu permainan yang menjadi igauan anak muda serta juga para belia dan dengan pemberian ini, ia satu hadiah kepada kami yang sangat dinanti-nantikan.

"Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan satu aktiviti riadah yang bermanfaat kepada generasi muda dan belia," katanya.

Beliau berkata lagi, dengan adanya gelanggang futsal tersebut, ia mampu mencungkil bakat para belia dalam sukan tersebut.

"Kita berharap dengan adanya gelanggang ini, ia dapat membantu mengetengahkan bakat-bakat yang ada di peringkat kampung dan daerah.


"Ramai anak muda di sini yang boleh kita ketengahkan... InsyaAllah akan ada satu pasukan yang mampu ke peringkat yang lebih tinggi iaitu kebangsaan," katanya lagi.

Sementara itu menurut Setiausaha kepada MBD Kampung Gajah, Mohd Anuar Mustafa, sumbangan tersebut merupakan satu usaha kerajaan dan pemimpin tempatan yang tidak putus-putus kepada golongan belia di parlimen itu.

"Pembinaan gelanggang futsal ini terbaiklah untuk belia yang diberikan oleh Ahli Parlimen kita kerana sebelum ini kita hanya menumpang di gelanggang lain untuk bermain futsal.

"Alhamdulillah dengan sumbangan ini dapat menyakinkan rakyat terhadap kepimpinan beliau selama ini," ujarnya.






Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah merasmikan merasmikan tiga gelanggang futsal di Parlimen Pasir Salak iaitu di Kampung Pasir Salak, Kampung Bukit Chawi dan Kampung Sungai Jawi.
Pembinaan ketiga-tiga gelanggang tersebut melibatkan kos sebanyak hampir RM400,000 bagi memberikan kemudahan kepada golongan muda dalam melakukan aktiviti riadah.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top