ARAU 20 Nov - Menyelang sepak mula di gelanggang futsal sebagai gimik perasmian oleh Menteri Besar Perlis YAB Dato' Seri Azlan Bin Man pada esok pagi, Bertempat di Di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra UITM Arau Perlis persiapan untuk perasmian penutup yang akan dijalankan pada malam 22 November, begitu giat dijalankan dengan rapi.
Pengerusi Penyelaras Pelancaran dan Penutup, Saudara Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis sebagai perasmi majlis penutup tersebut, persiapan harus dibuat dengan teliti tanpa ada sebarang cacat cela dalam perjalanan majlis itu nanti.
Ini kerana majlis itu nanti terikat dengan peraturan ketat dan protokol dari pihak Istana. Bagaimanapun atas penghargaan dan berbesar hati dengan kesudian DYTM Raja Muda Perlis yang sanggup mencemar duli untuk bersama sama turun merasmikan majlis penutup itu nanti, Pihak Penganjur akan memastikan perjalanan majlis itu akan dijalankan dengan penuh warna warni dan meriah.
Seramai 30 orang sukarelawan dikalangan belia dan beliawanis tempatan turut diambil untuk membantu menjayakan malam perasmian penutup. Pada malam penutup itu juga akan diadakan persembahan tarian tradisional, persembahan silat gayung, muzik gendang cina dan juga pertunjukkan bunga api.
Orang ramai adalah dijemput untuk meramaikan dan memeriahkan lagi malam perasmian penutup tersebut.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.