Menu

IKLAN

KUALA LUMPUR: Bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian berkurangan dan dianggarkan hanya mencukupi bagi tempoh sehari.
Berikutan itu, HUSM memerlukan sumbangan darah daripada orang ramai dalam kadar segera dalam usaha menampung perjalanan operasi sepanjang bencana banjir.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaidun Kamari, berkata kekurangan secara mendadak itu berlaku akibat pertambahan bilangan pesakit, selain hanya HUSM yang masih beroperasi di Kelantan.
"Bagaimanapun, bekalan darah yang diterima daripada orang ramai itu hanya mampu bertahan untuk operasi pada hari ini saja.
"Kebanyakan pesakit dihantar ke HUSM untuk mendapatkan rawatan dan bekalan darah banyak digunakan bagi merawat kes kritikal yang memerlukan bantuan pemindahan darah dalam kadar segera," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top