Menu

IKLAN



IPOH : Atas rasa simpati dan ingin bersama-sama membantu mangsa-mangsa banjir, P.O.R.T Koloni Karyawan turut menubuhkan Squad Bantuan Banjir. P.O.R.T juga turut menyediakan Pusat Pengumpulan barang-barang keperluan yang ingin disalurkan oleh orang ramai kepada mangsa-mangsa banjir.

Pusat pengumpulan ini mula dibuka pada jam 6.00 petang pada 25hb Disember 2013 sehingga 10.00 malam 27 hb Disember. Semua barang-barang yang dikumpul akan mula disalurkan pada mangsa-mangsa banjir melalui pusat-pusat pemindahan banjir.

Menurut Pengurus PORT Zamari Haji Muhyi orang ramai yang berhasrat untuk turut sama membantu dengan memberi sumbangan barang-barang keperluan boleh terus menghantar barangan tersebut PORT di No.9 Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh

Barang-barang yang diperlukan adalah seperti Air Mineral, Makanan Tin (biskut) dan makanan segera, pampers kanak-kanak, tuala wanita, selimut / TOTO, minuman 3 in 1 dan set ubat gigi dan mandian.









0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top