Menu

IKLAN


KAPTEN dan pertahanan Chelsea, John Terry (kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertama perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham, sebentar tadi. Chelsea menang 2-0. - Foto AFP
LONDON: Jaringan daripada John Terry dan Diego Costa meneruskan penguasaan Chelsea di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam West Ham 2-0 di Stamford Bridge, sebentar tadi.
Pada pertemuan tetangga London itu, Chelsea jelas menguasai sebahagian besar permainan terutama di bahagian tengah yang diketuai Cesc Fabregas, Nemanja Matic, Willian dan Oscar.
Kembali beraksi sehari selepas cuti Krismas, Chelsea yang belum pernah tewas di gelanggang sendiri musim ini membuka tirai jaringan menerusi kapten, Terry pada minit ke-31 yang mudah menolak masuk bola tandukan padu Costa di depan gawang West Ham.
Gol kedua Chelsea hadir di babak kedua pada minit ke-62 permainan dengan Costa mempamer sepenuhnya ketajaman selaku penyerang dengan memperdaya beberapa pemain Hammers sebelum meledak jaringan dari kiri gawang.
Hammers sebelum ini tidak pernah gagal menjaringkan gol di tempatberjaya memperoleh beberapa peluang dan hampir memecah gawang Chelsea pada minit ke-87 namun tandukan Morgan Amalfitano terkena tiang.
Kemenangan menyaksikan Chelsea kekal di puncak EPL dengan mengumpul 45 mata selepas 18 perlawanan, enam mata di depan Manchester City yang akan beraksi selepas ini.
Kekalahan bagi West Ham pula menyaksikan kelab bimbingan Sam Allardyce itu berkemungkinan terlepas kedudukan kelompok empat terbaik liga. - Agensi


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top