Menu

IKLAN

IPOH: Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuka dua lagi pusat pemindahan mangsa banjir di kawasan Perak
Menteri  Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pemindahan baru di Pengkalan Hulu berikutan air yang melimpah di kawasan yang berkenaan.
“Pusat pemindahan yang terbaru dibuka di Pengkalan Hulu atau pun di Hulu Perak iaitu di kawasan Dewan Orang Ramai Kampung Perah dan Dewan Orang Ramai Kampung Bandariang.
“Ianya melibatkan jumlah keseluruhannya di kawasan tersebut sebanyak 53 orang daripada 13 keluarga bagi dua kawasan di Kampung Perah dan Kampung Badariang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat MKN dekat Ipoh hari ini.
Dr Zambry berkata, daripada segi pecahan secara daerah, Hulu perak hingga setakat ini adalah seramai 799 orang, Kerian (300), Kuala Kangsar (2,050) dan Perak Tengah sebanyak 4,515 orang.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya telah berbincang untuk meningkatkan lagi aset-aset yang diperlukan bagi tujuan pemindahan dan bantuan terhadap mangsa banjir.
“Kita telah mendapat maklum balas dan keperluan seperti sampan serta kenderaan bagi membawa mangsa-mangsa banjir ke destinasi untuk memastikan mereka dapat dipindahkan ke kawasan-kawasan yang berkenaan.
“Oleh yang demikian, kita telah pun berbincang untuk meminta kepada pihak tentera, bomba dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin memberi sumbangan agar  merujuk terus kepada pusat bencana di daerah masing-masing,” tambah beliau lagi.

 - PERAK TODAY



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top