SERI ISKANDAR: Dua kanak-kanak cedera termasuk seorang putus jari selepas bahan letupan dipercayai bom ikan meletup di dalam bilik di sebuah rumah di Bandar Universiti di sini, pagi tadi.
Sumber polis berkata, ketika kejadian tiga kanak-kanak berada di dalam rumah berkenaan namun hanya dua daripada mereka berusia lima dan sembilan tahun cedera manakala seorang lagi yang berusia dua tahun terselamat.
Katanya, mangsa berusia sembilan tahun parah akibat putus jari manakala seorang lagi cedera pada muka, tangan dan kaki.
Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kebakaran di rumah itu pada jam 11.55 pagi.
Katanya, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati berlaku letupan bom ikan di dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.
"Anggota bomba mendapati terdapat serpihan jari dan tompokan darah yang banyak di rumah terbabit," katanya.
Beliau berkata, pihaknya membuat pemantauan di sekitar lokasi kejadian dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
- BERITA HARIAN
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.