LONDON: Manchester United dijangka dapat menambahkan lagi derita Liverpool apabila kedua-dua kelab gergasi itu bertembung dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad ini.
Tidak dinafikan pertemuan kali ini bakal berbeza dengan apa pernah disaksikan musim lalu apabila anak didik Brendan Rodgers memenangi kedua-dua pertemuan membabitkan musuh tradisi itu, terutama kemenangan 3-0 di laman lawan, Mac lalu.
Namun, senario itu tidak wujud lagi kali ini dengan Man United dalam langkahan mahu memburu kemenangan keenam berturut-turut.
Rentak baik Red Devils itu kini memacu barisan didik Louis van Gaal ke tangga ketiga liga manakala Liverpool berdepan masalah keyakinan.
Permulaan hambar pada awal musim mereka berterusan dan tambah perit selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Selasa lalu berikutan keputusan seri 1-1 menentang Basel di Anfield.
Tidak dinafikan memori indah Liverpool, musim lalu makin kabur pada saat ini.
Pemain tengah the Reds, Joe Allen berkata pasukannya akan mencari inspirasi kejayaan, musim lalu untuk mengulangi retak menang di Old Trafford, Ahad ini.
"Kami melakar keputusan hebat di sana, musim lalu dan kami mahu mengulangi dan mendapatkan kemenangan sekali lagi," kata pemain antarabangsa Wales itu di laman sesawang Liverpool.
Liverpool akan beraksi tanpa penyerang utama, Daniel Sturridge manakala Mario Balotelli sudah tidak bermain hampir sebulan lalu.
United juga berdepan masalah kecederaan. Chris Smalling tercedera bahagian kelenjar ketika United mengatasi Southampton 2-1, Isnin lalu.
Dia kini menyertai Phil Jones, Luke Shaw, Angel di Maria dan Daley Blind dalam barisan kecederaan. - AFP
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.