KUALA LUMPUR - 3 Tahun berkhidmat sebagai Penyampai Radio Online di www.galaksimuzik.rtm.gov.my benar-benar telah memberi satu pengalaman berguna kepada Aliff Al Farabby Bin A. Rahim dalam dunia penyiaran radio.
Anak sulung dari 5 orang adik beradik kelahiran Bagan Datoh dan kini menetap di Kepong Selangor, telah berkecimpung dalam dunia penyiaran selama 5 tahun dan turut dijemput menjadi pengacara dalam majlis makan malam atau majlis rasmi yang lain. Beliau yang sememang meminati bidang penyiaran sejak dibangku sekolah lagi dan telah memulakan kerja dalam bidang ini apabila tamat persekolahan.
Beliau berhasrat untuk menjadi penyampai di Radio 3 Ipoh, namun masih belum menerima tawaran dan masih setia menunggu kerana ingin memberi khidmatnya di Stesyen radio negeri kelahirannya di Perak.
Untuk mendengar atau layan muzik rock yang dikendalikan oleh DJ Aliff marilah layari www.galaksimuzik.com atau layari galaksimuzik.rtm.gov.my

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.