Menu

IKLAN


PEMAIN Harimau Malaya menyambut jaringan ketika menentang Vietnam dalam saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, malam ini. - Foto ihsan #AFFSuzukiCup
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya membuat kejutan selepas selesa mendahului Vietnam 4-1 selepas tamat separuh masa pertama di Stadium My Din di Hanoi, hari ini.
Ketika saingan separuh akhir kedua ini dijangka menjadi penguasaan tuan rumah, anak didik Dollah Salleh melesetkan tanggapan itu untuk mendahului dengan agregat 5-3.
Seawal minit keempat, Malaysia mendapat sepakan penalti dan ia disempurnakan dengan baik oleh kapten, Safiq Rahim pada minit ke-4.
Norsharul Idlan Talaha menggandakan kedudukan pada minit ke-16 tapi Le Cong Vinh merapatkan kedudukan untuk Vietnam pada minit ke-22.
Skuad negara ceria apabila jaringan sendiri pemain tuan rumah, Dinh Tien Thanh menjadikan kedudukan 3-1.
Kira-kira seminit sebelum tamat babak pertama, Shukor Adan menambah gol keempat yang berpunca daripada sepakan sudut.
petikan - Berita Harian Online


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top