Menu

IKLAN



TELUK INTAN ; Malam semalam menyaksikan lebih 5 ribu orang membanjiri Dataran Menara Condong untuk menyaksikan persembahan Papa Rock Datuk Ramli Sarip bersempena Fiesta De Anson yang berlangsung selama 11 hari bermula 4hb Disember dan akan berakhir pada 14hb Disember ini.

Bermula pada jam 9.45 malam Datuk Ramli Sarip menyampaikan lagu-lagu beliau dengan penuh bertenaga. Mendapat tepukan gemuruh dan para penonton turut mendendangkan bersama-sama lagu yang didendangkan oleh beliau.

Turut menyaksikan persembahan beliau adalah Dato' Zainol Fadzi bin Paharuddin, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak bersama Isteri dan anak-anak. Manakala turut menyaksikan persembahan pada malam itu adalah 4 orang peminat istimewa Datuk Ramli Sarip yang sanggup datang dari Ireland.

Rata-rata penonton yang hadir menyaksikan sangat berpuashati dan ada yang asyik menjiwai lagu-lagu dari Papa Rock yang jelas mengimbau nolstagia dan kenangan lama.








0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top