CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata prosedur standard operasi (SOP) bencana negara perlu diperkemas bagi memastikan sistem bantuan dan menyelamat dapat dilaksana lebih cepat.
Muhyiddin berkata, antara aspek yang boleh diperkemas adalah berkenaan logistik, stok makanan serta infrastruktur pencegahan banjir yang perlu dipertingkat segera.
"Mujur kita bersedia awal tahun ini apabila stok makanan dan pangkalan hadapan sudah ditetapkan namun cuaca di luar kawalan kita.
"Disebabkan itu SOP bencana banjir perlu diperkemas dan diteliti semula selepas banjir selesai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Kawalan Bencana Negara di Pulau Meranti sebentar tadi.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.