Menu

IKLAN



TELUK INTAN ; Dalam siri lawatan Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Mas Ermieyati Shamsudin ke Negeri Perak, petang ini beliau telah menziarahi Norzarith Zaaba Balu kepada Allahyarham Firdaus Rahim Pembantu Juruterbang MH17 yang terkorban dalam insiden tragedi MH17 di Ukraine, di kediamannya Taman Maharani Batak Rabit, Teluk Intan.

Norzarith yang kini sedang sarat mengandung 7 bulan dikatakan agak tertekan kerana buat masa ini beliau bekerja di HUKM Kuala Lumpur dan agak jauh dengan keluarganya. Dengan keadaan beliau yang sedang sarat mengandung, sudah pasti memberi sedikit sebanyak tekanan pada dirinya yang terpaksa hidup berseorangan di Kuala Lumpur sejak terjadinya tragedi MH17. Buat masa ini beliau masih menunggu keputusan permohonan pertukaran ke Hospital di Perak. 

Dalam lawatan ini Datuk Mas Ermieyati turut menyerahkan sumbangan kewangan dan manakala Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Teluk Intan menyerahkan sumbangan berupa set pakaian bayi.

Turut bersama Datuk Ermieyati adalah Exco Puteri Malaysia yang juga Ketua Puteri Bahagian Kuala Pilah, June Artisha Mohamad Nazari dan Ketua Puteri Bahagian Tapah dan Teluk Intan.







0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top