Menu

IKLAN



IPOH: Caliph Buskers yang mencipta fenomena dalam persembahan Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini tampil membuat penampilan istimewa sempena program amal di Restoran Mat Periuk, di sini, petang tadi.
Menurut vokalis utamanya, Caliph, Azmi Saat, kumpulan itu berkunjung ke Ipoh untuk membantu golongan kurang bernasib baik melalui program amal dan majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Ipoh Barat .
“Program seperti ini dapat membantu kumpulan buskers berkembang dan seterusnya menjadi terkenal,” katanya.
Mengulas mengenai populariti kumpulan itu yang semakin meningkat naik, jelasnya fenomena itu
bukan sahaja menggembirakan tetapi juga turut memberi tekanan kepada ahli kumpulan tersebut.
“Perubahan ini cukup mendadak hingga kami tidak tahu untuk memulakan langkah tetapi pada masa sama cukup seronok dengan apa yang berlaku hari ini,” katanya.
Program amal sambil berhibur itu dianjurkan dengan kerjasama bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Restoran Mat Periuk Ipoh.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top