Menu

IKLAN


LENGGONG ; 8 Jan Gotong Royong Perdana yang berlangsung semalam berjaya mengumpulkan seramai lebih 3 ribu orang. Pelbagai agensi kerajaan terlibat, Bomba, JPAM, KEMAS, Polis dan Macam-macam lagi. NGO-NGO turut bersama-sama menyertai dan menghantar sukarelawan. Dari MBN Perak, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Institut Darul Ridzuan, GPMS, Sukarelawan dari USM, KUISAS dan banyak lagi

Dato Seri Shahidan Kassim Menteri Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan Gotong Royong Perdana ini di Dataran Kota Tampan Lenggong dan melepaskan kumpulan-kumpulan sukarelawan yang dipecahkan untuk ke kampung-kampung terlibat banjir sekitar Parlimen Lenggong.

Turut bersama dalam Gotong Royong ini adalah YB Dato Shamsul Anuar Nasarah Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato Shaarani ADUN Kota Tampan, YB Dato Termizi ADUN Kenering, YB Salbiah ADUN Temenggor dan YB Dato Azhar ADUN Changkat Jong. Turut hadir bersama adalah Pengarah JBS Perak dan Presiden MBN Perak.













0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top