KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang mangkat, awal pagi tadi.
Menerusi Twitternya sebentar tadi, Najib menyatakan berita pemergian Raja ke enam Arab Saudi itu satu yang menyedihkan.
"Menerima berita sedih pemergian Raja Abdullah Abdulaziz pagi ini. Takziah dari saya kepada keluarga diraja Arab Saudi dan rakyat negara itu," katanya.
Najib kini berada di Davos, Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dijadualkan tamat esok.
ENTRI Najib di laman Twitternya sebentar tadi.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.